PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SUKANTARA PPKIBP SMK ARAU 2015 : #1 WAJA = 56 mt, #2 PUTRA = 50 mt, #3 SATRIA = 44 mt, #4 PERSONA = 43 mt, #5 PERDANA = 41 mt, #6 WIRA = 38 mt

AKTIVITI TERKINI

...

Friday, January 30, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

MAJLIS Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan bagi tahun 2015 telah dilaksanakan pada 30 Januari 2015 bersamaan hari Jumaat yang lepas. Bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau, majlis telah berlangsung di Blok Pendidikan Khas. 

Majlis bermula dengan ketibaan ibu bapa dan waris pada lebih kurang jam 9.30 pagi. Terdapat 4 kaunter disediakan untuk memudahkan urusan penyerahan wang bantuan kepada para ibu bapa.

Kaunter-kaunter tersebut ialah Kaunter Semakan Borang, Kaunter Pengesahan Borang, Kaunter Pengesahan Kehadiran Ibu Bapa yang sah dan layak bagi pengambilan wang dan Kaunter Penyerahan Wang kepada ibu bapa.

Majlis penyerahan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari. Majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik daripada para ibu bapa.





















No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks