BERANEKA juadah dan lauk pauk yang disajikan; tak kiralah sama ada yang dibeli mahupun dimasak sendiri, yang penting perut terisi. Potluck kali ini diadakan lebih kepada sebagai penghargaan terhadap diri sendiri; kalangan guru dan PPM yang telah bertungkus-lumus dan berpenat lelah dalam memastikan beberapa program sebelum ini berjaya dilaksanakan.
Aktiviti berlangsung pada hari Jumaat yang lepas (13 Februari 2015), adalah yang pertama untuk tahun 2015 ini. Apa yang pasti akan ada lagi program makan-makan yang seumpamanya pada masa-masa akan datang.