MAJLIS Permuafakatan PPKIBP SMK Arau telah dijalankan pada 6 Februari 2015. Program di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKIBP ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada ibubapa dan waris murid berkaitan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2015. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga pendidik dan para ibubapa.
Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran ibubapa dan waris.
Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Zurainie binti Md. Jas. Puan Zurainie telah menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti dan perancangan PPKIBP secara menyeluruh termasuklah Program Inklusif yang akan dimulakan pada tahun ini. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan hasrat agar kerjasama di antara PPKIBP dengan pihak ibubapa dapat terus dipertingkatkan untuk tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.
Sesi Taklimat diteruskan dengan guru-guru yang berkenaan mengambil bahagian masing-masing.
1. Puan Rozita binti Kamis = Taklimat Pengurusan Kurikulum
2. Puan Hamizuyah binti Hamid = Taklimat Pengurusan HEM
3. Encik Pengiran Shuaib bin Pengiran Yunus = Taklimat Pengurusan Kokurikulum
|
Sesi pendaftaran |
|
Ibubapa mengisi borang yang diberikan |
|
Petugas-petugas Kaunter Pendaftaran |
|
Ibubapa yang hadir mengambil tempat |
|
Lawatan daripada Tuan Pengetua, Puan Hajah Fitriah binti Che' Pi @ Hanafi |
|
Tuan Pengetua sedang memperkatakan sesuatu kepada Puan Zurainie |
|
Kehadiran ibubapa dan waris yang sangat memberangsangkan |
|
Puan Junaidah binti Mohamad selaku Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan para ibubapa |
|
Majlis bermula |
|
Ucapan aluan dan taklimat daripada Puan Zurainie binti Md. Jas, Penolong Kanan Pendidikan Khas |
|
Taklimat Kurikulum daripada Puan Rozita binti Kamis |
|
Taklimat Hal Ehwal Murid (HEM) daripada Puan Hamizuyah binti Hamid |
|
Taklimat Kokurikulum daripada Encik Pengiran Shuaib bin Pengiran Yunus |
|
Sesi Soal Jawab bersama ibubapa |
|
Ibubapa menyampaikan masalah yang berkaitan untuk diambil tindakan |
|
Cadangan-cadangan daripada ibubapa untuk meningkatkan keberkesanan program |
|
Terima kasih daun keladi, program seterusnya silalah datang lagi |
Pihak PPKIBP SMK Arau ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan waris atas kesudian menghadirkan diri pada majlis tersebut. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan untuk pembangunan dan kecemerlangan anak-anak didik khas kita yang dikasihi.
No comments:
Post a Comment