PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SUKANTARA PPKIBP SMK ARAU 2015 : #1 WAJA = 56 mt, #2 PUTRA = 50 mt, #3 SATRIA = 44 mt, #4 PERSONA = 43 mt, #5 PERDANA = 41 mt, #6 WIRA = 38 mt

AKTIVITI TERKINI

...

Friday, January 30, 2015

LATIHAN BERMULA

LATIHAN telah bermula bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau. Ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukantara Peringkat PPKIBP yang dijadualkan akan berlangsung pada 5 Februari 2015 akan datang. Selain itu, ia juga adalah untuk memilih peserta-peserta yang layak bertanding pada Kejohanan Balapan & Padang peringkat SMK Arau yang akan dilaksanakan bermula 9  hingga 12 Februari 2015.

Bagi Kejohanan Sukantara, terdapat 5 acara yang akan dipertandingkan mengikut kategori masing-masing. 
Acara-acara tersebut ialah:

    1.  50m Lelaki & Perempuan Low Function.
    2.  100m Lelaki & Perempuan High Function.
    3.  Lompat Jauh Lelaki & Perempuan.
    4.  Lontar Peluru Lelaki & Perempuan.
    5.  4x100m  Lelaki & Perempuan.

Buat pertama kalinya pada tahun ini, semua murid telah dibahagikan kepada enam rumah sukan seperti yang terdapat di aliran perdana. Rumah-rumah sukan tersebut adalah Persona, Waja, Wira, Putra, Perdana dan Satria.



















No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks