PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SUKANTARA PPKIBP SMK ARAU 2015 : #1 WAJA = 56 mt, #2 PUTRA = 50 mt, #3 SATRIA = 44 mt, #4 PERSONA = 43 mt, #5 PERDANA = 41 mt, #6 WIRA = 38 mt

AKTIVITI TERKINI

...

Monday, January 12, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2015

SELAMAT kembali ke sekolah bagi sesi 2015 diucapkan kepada seluruh warga PPKIBP SMK Arau, Perlis. Hari pertama persekolahan selepas bercuti panjang menyaksikan seramai 10 orang murid baru yang mendaftar iaitu 7 murid lelaki dan 3 murid perempuan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid pada tahun ini adalah seramai 57 orang tidak termasuk 3 orang murid yang masih belum mendaftar.Sesi dimulakan dengan perhimpunan rasmi mingguan yang diadakan di dewan sekolah. Kemudian murid-murid PPKIBP SMK Arau telah dibahagikan mengikut kelas masing-masing iaitu sebanyak 8 kelas.

Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas murid-murid baru untuk menentukan kedudukan kelas mereka. Sementara bagi murid-murid lama, proses PdP adalah berjalan seperti biasa. 

Pada tahun ini juga menyaksikan kemasukan guru-guru baru ke PPKIBP SMK Arau. Guru-guru tersebut ialah Puan Junaidah binti Mohamad yang berpindah dari SMK Syed Hassan serta Cik Intan Mas Ayu binti Ahmad yang berpindah dari SMK Syed Alwi.

Perhimpunan di blok PPKIBP


Murid-murid mengambil tempat masing-masing


Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Roslan bin Othman menyampaikan taklimat kepada murid-murid


Murid-murid memberikan tumpuan kepada ucapan yang disampaikan


Suasana perhimpunan hari pertama persekolahan


Cik Intan Mas Ayu, salah seorang guru yang berpindah ke SMK Arau


Murid-murid baru diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing


Cikgu Roslan memperkatakan sesuatu kepada murid-murid baru


Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang terlibat pada hari tersebut


Cikgu Rozita (Setiausaha Kurikulum) dan Cikgu Hamizuyah (Setiausaha Hal Ehwal Murid) yang terlibat secara langsung dalam mengurus program untuk murid-murid pada sesi pertama persekolahan ini

Semoga tahun 2015 ini akan lebih menguatkan semangat seluruh warga PPKIBP SMK Arau untuk meneruskan kecemerlangan dan mencapai sebanyak mungkin kejayaan. Apa yang penting adalah usaha berterusan daripada semua pihak dalam memastikan ia mampu untuk direalisasikan.

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks