PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SUKANTARA PPKIBP SMK ARAU 2015 : #1 WAJA = 56 mt, #2 PUTRA = 50 mt, #3 SATRIA = 44 mt, #4 PERSONA = 43 mt, #5 PERDANA = 41 mt, #6 WIRA = 38 mt

AKTIVITI TERKINI

...

Sunday, February 15, 2015

POTLUCK - JOM MAKAN

BERANEKA juadah dan lauk pauk yang disajikan; tak kiralah sama ada yang dibeli  mahupun dimasak sendiri, yang penting perut terisi. Potluck kali ini diadakan lebih kepada sebagai penghargaan terhadap diri sendiri; kalangan guru dan PPM yang telah bertungkus-lumus dan berpenat lelah dalam memastikan beberapa program sebelum ini berjaya dilaksanakan.

Aktiviti berlangsung pada hari Jumaat yang lepas (13 Februari 2015), adalah yang pertama untuk tahun 2015 ini. Apa yang pasti akan ada lagi program makan-makan yang seumpamanya pada masa-masa akan datang.

Friday, February 13, 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK ARAU 2015

KEJOHANAN Balapan & Padang SMK Arau 2015 telah berlangsung pada 9 hingga 12 Februari 2015. Kejohanan ini menyaksikan pertembungan enam buah rumah sukan yang beradu tenaga untuk mengutip sebanyak mungkin pingat yang dipertandingkan.

Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid PPKIBP SMK Arau juga telah terlibat di dalam beberapa acara sukan iaitu acara 50m Low Function (Lelaki & Perempuan), 100m High Function (Lelaki & Perempuan) dan acara 4x100m campuran selain acara perbarisan pada upacara perasmian kejohanan.

Sunday, February 08, 2015

MAJLIS PERMUAFAKATAN PPKIBP SMK ARAU 2015

MAJLIS Permuafakatan PPKIBP SMK Arau telah dijalankan pada 6 Februari 2015. Program di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKIBP ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada ibubapa dan waris murid berkaitan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2015. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga pendidik dan para ibubapa.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran ibubapa dan waris. 

KEJOHANAN SUKANTARA PERINGKAT PPKIBP SMK ARAU 2015

BUAT julung kalinya PPKIBP SMK Arau telah menganjurkan Kejohanan Sukantara Peringkat PPKIBP yang melibatkan semua murid untuk bertanding di dalam acara-acara yang telah ditentukan. Kejohanan ini telah berlangsung pada 5 Februari 2015 bersamaan hari Khamis yang lepas.

Murid-murid PPKIBP telah dibahagikan kepada enam buah rumah sukan seperti yang terdapat di aliran perdana. Rumah-rumah sukan tersebut adalah rumah Perdana, Wira, Waja, Putra, Satria dan Persona.


SELAMAT DATANG, SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

WARGA PPKIBP SMK Arau mengalu-alukan kedatangan Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baru, Puan Zurainie binti Md. Jas ke sekolah ini. Puan Zurainie yang bertukar dari SMK Syed Alwi telah memulakan tugas rasmi beliau sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 20 Januari 2015 yang lepas. Beliau menggantikan Encik Roslan bin Othman yang bertukar ke SMK Syed Alwi.

Kami seluruh warga PPKIBP SMK Arau mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas di tempat baru kepada Puan Zurainie. Semoga program ini akan menjadi lebih cemerlang di bawah pentadbiran beliau. 

SEKALUNG BUDI SEJALUR KENANGAN - TERIMA KASIH CIKGU ROSLAN BIN OTHMAN

MAJLIS Sekalung Budi Sejalur Kenangan yang diadakan pada 2 Februari 2015 yang lalu adalah bersempena dengan pertukaran Encik Roslan bin Othman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Arau, Perlis. Beliau yang bertukar ke SMK Syed Alwi telah memulakan tugas di sekolah ini sebagai Penyelaras Program pada tahun 2009 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas pada tahun berikutnya.

Majlis yang berlangsung di dewan sekolah ini telah bermula pada jam 11.30 pagi dengan kehadiran semua warga SMK Arau.

Friday, January 30, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

MAJLIS Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan bagi tahun 2015 telah dilaksanakan pada 30 Januari 2015 bersamaan hari Jumaat yang lepas. Bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau, majlis telah berlangsung di Blok Pendidikan Khas. 

Majlis bermula dengan ketibaan ibu bapa dan waris pada lebih kurang jam 9.30 pagi. Terdapat 4 kaunter disediakan untuk memudahkan urusan penyerahan wang bantuan kepada para ibu bapa.

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks