PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SUKANTARA PPKIBP SMK ARAU 2015 : #1 WAJA = 56 mt, #2 PUTRA = 50 mt, #3 SATRIA = 44 mt, #4 PERSONA = 43 mt, #5 PERDANA = 41 mt, #6 WIRA = 38 mt

AKTIVITI TERKINI

...

Sunday, February 08, 2015

MAJLIS PERMUAFAKATAN PPKIBP SMK ARAU 2015

MAJLIS Permuafakatan PPKIBP SMK Arau telah dijalankan pada 6 Februari 2015. Program di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKIBP ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada ibubapa dan waris murid berkaitan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2015. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga pendidik dan para ibubapa.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran ibubapa dan waris. 

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Zurainie binti Md. Jas. Puan Zurainie telah menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti dan perancangan PPKIBP secara menyeluruh termasuklah Program Inklusif yang akan dimulakan pada tahun ini. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan hasrat agar kerjasama di antara PPKIBP dengan pihak ibubapa dapat terus dipertingkatkan untuk tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.

Sesi Taklimat diteruskan dengan guru-guru yang berkenaan mengambil bahagian masing-masing.

1. Puan Rozita binti Kamis = Taklimat Pengurusan Kurikulum 
2. Puan Hamizuyah binti Hamid = Taklimat Pengurusan HEM
3. Encik Pengiran Shuaib bin Pengiran Yunus = Taklimat Pengurusan Kokurikulum


Sesi pendaftaran

Ibubapa mengisi borang yang diberikan

Petugas-petugas Kaunter Pendaftaran

Ibubapa yang hadir mengambil tempat

Lawatan daripada Tuan Pengetua, Puan Hajah Fitriah binti Che' Pi @ Hanafi

Tuan Pengetua sedang memperkatakan sesuatu kepada Puan Zurainie

Kehadiran ibubapa dan waris yang sangat memberangsangkan

Puan Junaidah binti Mohamad selaku Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan para ibubapa

Majlis bermula 

Ucapan aluan dan taklimat daripada Puan Zurainie binti Md. Jas, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Taklimat Kurikulum daripada Puan Rozita binti Kamis

Taklimat Hal Ehwal Murid (HEM) daripada Puan Hamizuyah binti Hamid

Taklimat Kokurikulum daripada Encik Pengiran Shuaib bin Pengiran Yunus

Sesi Soal Jawab bersama ibubapa

Ibubapa menyampaikan masalah yang berkaitan untuk diambil tindakan 

Cadangan-cadangan daripada ibubapa untuk meningkatkan keberkesanan program

Terima kasih daun keladi, program seterusnya silalah datang lagi
Pihak PPKIBP SMK Arau ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan waris atas kesudian menghadirkan diri pada majlis tersebut. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan untuk pembangunan dan kecemerlangan anak-anak didik khas kita yang dikasihi.

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks