Sunday, February 08, 2015

SEKALUNG BUDI SEJALUR KENANGAN - TERIMA KASIH CIKGU ROSLAN BIN OTHMAN

MAJLIS Sekalung Budi Sejalur Kenangan yang diadakan pada 2 Februari 2015 yang lalu adalah bersempena dengan pertukaran Encik Roslan bin Othman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Arau, Perlis. Beliau yang bertukar ke SMK Syed Alwi telah memulakan tugas di sekolah ini sebagai Penyelaras Program pada tahun 2009 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas pada tahun berikutnya.

Majlis yang berlangsung di dewan sekolah ini telah bermula pada jam 11.30 pagi dengan kehadiran semua warga SMK Arau.


Sedikit mengenai sejarah perkhidmatan Encik Roslan bin Othman; beliau telah mula berkhidmat sebagai seorang pendidik pada tahun 1985 di SRK Ngibau, Kapit, Sarawak. Beliau kemudian telah berpindah ke SRK Muhibbah, Kuching 4 tahun kemudian iaitu pada tahun 1989. Tahun berikutnya (1990), beliau telah memulakan perkhidmatan di SK Changkat Jawi sebelum berpindah ke SMK Darul Aman pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula, beliau sekali lagi bertukar angin dalam perkhidmatan ke SMK Tanjung Pauh. Tahun berikutnya iaitu pada tahun 2000, Encik Roslan telah memulakan tugas di negeri Perlis apabila berpindah ke SMK Syed Alwi. Selama 9 tahun mencurahkan bakti di sekolah tesebut, pada tahun 2009 Encik Roslan telah mula berkhidmat di SMK Arau selaku Penyelaras Program Pendidikan Khas.


Pelajar berhimpun sebelum majlis bermula

"Majlis Sekalung Budi, Sejalur Kenangan" 


Puan Junaidah selaku Pengacara Majlis

Barisan pihak pentadbir sekolah bersama yang diraikan, Encik Roslan bin Othman

Encik Roslan bersama Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru Kanan

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Amin bin Hassan bagi memberkati majlis

Ucapan Tuan Pengetua, Puan Hajah Fitriah binti Che' Pi @ Hanafi

Encik Roslan bersama Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Bokeri bin Abu Othman

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Zurainie binti Md. Jas (tengah) bersama Penolong Kanan Kokurikulum (kanan) dan Penolong Kanan Tingkatan Enam (kiri)

Barisan Guru-guru Kanan

Sebelum memulakan ucapan

Bersama Tuan Pengetua

Ada sesuatu yang dibincangkan

Ucapan yang diraikan, Encik Roslan bin Othman

Selepas ucapan

Puan Zurainie mengiringi Encik Roslan untuk menerima cenderahati
Sepanjang lebih kurang 6 tahun perkhidmatan beliau di sekolah ini, terdapat banyak kejayaan yang berjaya dicapai khususnya oleh Program Pendidikan Khas. Di antaranya adalah Anugerah Program Contoh Pendidikan Khas Negeri Perlis 2010, Anugerah Perdana Pengurusan Pendidikan Khas Terbaik Negeri Perlis 2012 serta kejayaan-kejayaan dalam bidang sukan dan kurikulum yang lain.

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI










Kami seluruh warga SMK Arau, khususnya warga PPKIBP mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Roslan bin Othman. Semoga kejayaan sentiasa bersama beliau di tempat baru. Jasamu tetap dalam ingatan.



No comments:

Post a Comment