Sunday, February 08, 2015

KEJOHANAN SUKANTARA PERINGKAT PPKIBP SMK ARAU 2015

BUAT julung kalinya PPKIBP SMK Arau telah menganjurkan Kejohanan Sukantara Peringkat PPKIBP yang melibatkan semua murid untuk bertanding di dalam acara-acara yang telah ditentukan. Kejohanan ini telah berlangsung pada 5 Februari 2015 bersamaan hari Khamis yang lepas.

Murid-murid PPKIBP telah dibahagikan kepada enam buah rumah sukan seperti yang terdapat di aliran perdana. Rumah-rumah sukan tersebut adalah rumah Perdana, Wira, Waja, Putra, Satria dan Persona.




Sementara acara-acara yang dipertandingkan pula ialah 50m Lelaki & Perempuan Low Function, 100m Lelaki & Perempuan High Function, Lompat Jauh bagi kategori Lelaki & Perempuan  (High Function & Low Function), Lontar Peluru bagi kategori Lelaki & Perempuan ( High Function & Low Function) dan acara 4x100m campuran.

Had-had masa dan jarak telah ditentukan untuk setiap kategori bagi mengutip mata rumah sukan masing-masing.






























Terima kasih kepada semua guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan aktiviti pada kali ini. 

No comments:

Post a Comment