Friday, January 30, 2015

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

MAJLIS Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan bagi tahun 2015 telah dilaksanakan pada 30 Januari 2015 bersamaan hari Jumaat yang lepas. Bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau, majlis telah berlangsung di Blok Pendidikan Khas. 

Majlis bermula dengan ketibaan ibu bapa dan waris pada lebih kurang jam 9.30 pagi. Terdapat 4 kaunter disediakan untuk memudahkan urusan penyerahan wang bantuan kepada para ibu bapa.

LATIHAN BERMULA

LATIHAN telah bermula bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau. Ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Sukantara Peringkat PPKIBP yang dijadualkan akan berlangsung pada 5 Februari 2015 akan datang. Selain itu, ia juga adalah untuk memilih peserta-peserta yang layak bertanding pada Kejohanan Balapan & Padang peringkat SMK Arau yang akan dilaksanakan bermula 9  hingga 12 Februari 2015.

Bagi Kejohanan Sukantara, terdapat 5 acara yang akan dipertandingkan mengikut kategori masing-masing. 

Sunday, January 25, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK ARAU 2015

PADA 23 JANUARI 2015 bersamaan hari Jumaat yang lepas telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Arau 2015. Acara bermula dengan perhimpunan murid seawal jam 7.30 pagi mengikut rumah sukan bagi murid-murid aliran perdana dan berakhir pada jam 11.00 pagi selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua.

Sementara bagi murid-murid PPKIBP SMK Arau, mereka telah dibahagikan mengikut kategori masing-masing sebelum kedatangan diambil.

Friday, January 23, 2015

TAHNIAH PUAN SITI AZLINA

BELUM terlambat untuk warga PPKIBP SMK Arau mengucapkan tahniah kepada salah seorang guru di sini, Puan Siti Azlina binti Md. Isa yang telah selamat melahirkan anak pada 26 Disember 2015 di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.

Tahniah kepada Cikgu Siti Azlina dan suami atas kelahiran putera yang diberi nama Qazrin Farihin bin Asrul Rizal. semoga hidup bertambah ceria dan rezeki melimpah ruah. Selamat berpantang dan bercuti panjang dari kami, seluruh warga PPKIBP SMK Arau. 

LATIHAN MERENTAS DESA

LATIHAN merentas desa peringkat PPKIBP SMK Arau telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 20 & 21 Januari 2015. Latihan ini adalah sebagai satu persediaan kepada murid-murid untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Arau yang akan berlangsung pada 23 Januari 2015 (Jumaat).

Secara keseluruhannya, semua murid telah menunjukkan semangat yang tinggi selama latihan ini dijalankan. Ucapan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan latihan pada kali ini.

Wednesday, January 14, 2015

SENAMROBIK 1M1S

PROGRAM Senamrobik 1M1S telah dijalankan pada 15 Januari 2015 bertempat di Blok Pendidikan Khas. 

Senamrobik 1M1S ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesediaan murid-murid untuk bersukan, menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti berfaedah dan mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Di samping itu murid dapat mengamalkan aktiviti fizikal dengan cara yang betul seterusnya meningkatkan permuafakatan di kalangan guru dan murid.



Monday, January 12, 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2015

SELAMAT kembali ke sekolah bagi sesi 2015 diucapkan kepada seluruh warga PPKIBP SMK Arau, Perlis. Hari pertama persekolahan selepas bercuti panjang menyaksikan seramai 10 orang murid baru yang mendaftar iaitu 7 murid lelaki dan 3 murid perempuan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid pada tahun ini adalah seramai 57 orang tidak termasuk 3 orang murid yang masih belum mendaftar.Sesi dimulakan dengan perhimpunan rasmi mingguan yang diadakan di dewan sekolah. Kemudian murid-murid PPKIBP SMK Arau telah dibahagikan mengikut kelas masing-masing iaitu sebanyak 8 kelas.

Saturday, January 03, 2015

BLOG RASMI



SELAMAT DATANG
KE BLOG RASMI PPKIBP SMK ARAU
PERLIS.

Dapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan program dan aktiviti hanya di http://ppkismkarau.blogspot.com